CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 13 May 2011

KHASIAT COKLAT


Y.Bhg. Dato' Dr. Azhar Ismail (Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia)
KHASIAT COKLAT dalam siaran Wanita Hari Ini pada 26 April 2011
COKLAT kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols.  Coklat bukan sahaja makanan berkhasiat malah penyumbang kepada pemakanan yang seimbang.

Antioxidant yang ada mampu menangkap radikal bebas dalam tubuh. Kandungan antioxidant ini 3 kali lebih banyak daripada teh hijau, minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan.  Selain itu, antioksidan ini menyumbang coklat sebagai salah satu minuman kesihatan.

Coklat juga mengandungi beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B,  vitamin C, vitamin D, dan vitamin E. Selain mengandungi zat dan nutrisi yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium, coklat juga mengandungi sumber magnesium yang tinggi.

Antara khasiat coklat adalah seperti berikut :

1.    Makanan Lengkap dan Seimbang
Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10 % lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E.

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

2.   Baik untuk Jantung
Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23% zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.

Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol (poliphenol) berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.

3.   Merendahkan Paras Kolestrol
Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.  Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

4.   Makanan Penuh Tenaga
Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat.  Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain.

5.   Mencegah risiko penyakit Barah, Stroke dan Darah Tinggi
Phenols sebagai antioksidan mampu mencegah barah dalam tubuh, mencegah terjadi stroke dan darah tinggi.

6.   Menguatkan Sistem Pertahanan Badan
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan.  Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

7.   Mengurangkan Kesakitan PMS
Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan.  Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

8.   Ketenangan, Kegembiraan & Mengurangkan Stres
Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa saying.  Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac.  Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines.  Ia meningkatkan aliran darah kadar glukos dalam darah dan menjadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.  Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stress.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat.  Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

9.   Coklat untuk Kecantikan
Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan mengurangkan parut.

10.Benteng Kerosakan Gigi
Melalui kajian yang dijalankan, didapati coklat mengandungi bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan oksalik.

Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bacteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut.  Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.

Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.  Juga membantu dalam pertumbuhan gigi.  Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

11. Bukan Penyebab Kegemukan
Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.

Coklat bukanlah penyebab kegemukan kerana zat di dalam pes koko dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI PENGENALAN 'ROYAL CHOCO n COOKIES'

Promosi