CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 13 May 2011

TAHUKAH ANDA


Definasi COKLAT mengikut Akta Makanan, 1983 dan Peraturan Makanan, 1985 :
‘Coklat tulen adalah coklat yang mengandungi tidak lebih daripada 5% lemak sayuran selain daripada lemak koko'

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.  Memang tidak dapat dinafikan, coklat merupakan makanan, minuman dan snek paling popular di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.  Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan snek yang tidak berkhasiat.  Tetapi hakikatnya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan yang seimbang.

Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, prihatin dan cinta.

Coklat boleh diklasifikasikan coklat ‘couverture’ atau coklat ‘compound’.

kepingan coklat
COKLAT ‘COUVERTURE’
Coklat couverture (coklat tulen) adalah coklat terbaik dan bermutu tinggi yang dihasilkan daripada penggunaan bahan utama iaitu massa koko dan cocoa butter (mentega atau lemak pada coklat) sebanyak 32-39%.  Kandungan cocoa butter tersebut memberi tekstur lembut dan berkilat pada coklat di samping rasanya yang lebih sedap. 

Coklat tulen lebih mahal harganya kerana kandungan lemak coklat yang tinggi dan kebiasaanya digunakan golongan professional kerana kaedah pengendaliannya agak rumit.  Contoh coklat di pasaran yang menggunkan coklat ‘couverture’ adalah Ferrore Rocher, Cadbury dan semua coklat mahal.

COKLAT ‘COMPOUND’

Bagi menghasilkan colat yang lebih murah, bahan utama seperti massa koko akan digantikan dengan serbuk koko manakala cocoa butter diganti dengan lemak koko gantian (lemak kelapa sawit).  Coklat ini lebih senang dikendalikan dan mudah ditemui di pasaran.  Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy yang diperbuat dari coklat tulen. Coklat ini lebih stabil pada suhu bilik dan paling sesuai untuk digunakan sebagai coklat coating.  Sebahagian coklat compound yang bermutu tinggi boleh menandingi rasa dan tekstur coklat couverture.

SEPINTAS LALU PERBEZAAN COKLAT COUVERTURE DAN COMPOUND
COKLAT COUVERTURE
COKLAT COMPOUND
Berasaskan COCOA BUTTER
Berasaskan LEMAK KOKO GANTIAN (lemak kelapa sawit, lemak sayuran)
Testur lembut, mudah cair apabila dipegang
Lebih stabil pada suhu bilik
Harga mahal
Harga murah
Kaedah pengendalian agak rumit
Kaedah pengendalian lebih mudah


JENIS COKLAT

Tahukah anda, terdapat banyak jenis produk yang didenifikasikan sebagai coklat.  Ada yang murah dan ada yang mahal.  Walau bagaimanapun, perbezaan harga yang dijual bergantung kepada jenis coklat yang digunakan.  Berikut saya ingin berkongsi tentang perbandingan coklat dan manfaat yang ada bagi setiap coklat. 

Dark Chocolate
Dark Chocolate mengandungi massa koko, lemak koko, gula, lesitin (bahan pengemulsi) dan vanillin (perisa vanilla).  Kandungan biji coklat pada dark chocolat’ adalah paling tinggi, tanpa banyak gula dan mengandungi kandungan lemak dan zat besi yang tinggi.  
Zat besi yang terkandung dalam 100 gm dark chocolate boleh menyumbang 23% daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.  Walau bagaimanapun kandungan zat-zat lain didapati lebih rendah berbanding jenis-jenis coklat yang lain disebabkan coklat kosong tidak mempunyai campuran susu.

White Chocolate
White Chocolate hanya memiliki 33% kandungan coklat atau koko, selebihnya adalah gula, susu dan vanila. Mempunyai kandungan tenaga yang tinggi, 100gm white chocolate boleh menyumbang 18% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.

Di samping itu, coklat putih juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi. Walau bagaimanapun, berbanding dengan milk chocolate, kandungan protein dalam white chocolate adalah lebih rendah kerana white chocolate tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko.  Sekiranya pengambilan white chocolate diambil berlebihan akan memberikan kesan negatif seperti penyakit diabetes dan kerosakan gigi kerana kandungan gula yang tinggi.

Milk Chocolate (Coklat Susu)
Milk chocolate jika dibandingkan dengan jenis coklat yang lain, mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik. Coklat susu mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsium dan Vitamin A dan B yang lebih tinggi. Kandungan protein, kalsium dan vitamin sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh susu yang merupakan salah satu bahan utama dalam coklat susu. Coklat susu seberat 100 gram boleh menyumbangkan 18% daripada tenaga, 11% daripada protein, 8% daripada zat besi, 47% daripada kalsium, 19% daripada Riboflavin dan 11% daripada Vitamin A yang diperlukan oleh badan dalam sehari.

Coklat susu merupakan campuran koko, susu tepung, gula untuk memberikan rasa lemak dan berkrim.  Coklat jenis ini juga sangat digemari kerana rasanya yang nikmat.

DARK CHOCOLATE
MILK CHOCOLATE
WHITE CHOCOLATE
Massa koko
Massa koko
Lemak koko
Lemak koko
Lemak koko
Gula
Gula
Gula
Lesitin
Lesitin
Lesitin
Vanilin
Vanilin
Vanilin
Susu Tepung

Susu Tepung

No comments:

Post a Comment

PROMOSI PENGENALAN 'ROYAL CHOCO n COOKIES'

Promosi